Artikel 9

Mengapakah Collagen Peptida merupakan kolagen terbaik untuk kesan serta merta?

 

 

Collagen Peptida merupakan molekul protein dalam bentuk rantaian yang paling kecil. Ia hanya boleh dihasilkan melalui proses hydrolysis sahaja. Sebagai perbandingan, collagen biasa yang tidak melalui proses hidrolisis berbentuk polipeptida kompleks yang bersaiz molekul 30,000 Dalton. Manakala Collagen peptida hanya bersaiz 2,000 Dalton sahaja.

Apabila sistem imun tubuh tidak dapat mengenalpasti rantaian polipetida kompleks sebagai makanan, ia akan menganggap terdapat kehadiran bendasing seperti ancaman antigen, bacteria atau virus dan cuba menyingkirkannya dalam bentuk alahan. Akibatnya,tubuh akan mengalami tindakbalas seperti bengkak di bibir & mata dan pengelupasan kulit.

 

Kolagen marin pula mempunyai struktur dan komposisi protein yang hampir sama dengan manusia. Sel-sel tubuh akan dapat mengenalpasti seterusnya menyerap kolagen tersebut dengan mudah. Oleh itu, kadar penyerapan dapat ditingkatkan sehingga 95% berbanding kolagen tumbuhan iaitu 6% sahaja.

 

L-Glutathione

 

Glutathione adalah sejenis anti oksida yang bersifat penyahtoksik. Ia dihasilkan oleh organ hati melalui sintesis asid amino iaitu l-cystine, l-asid glutamic dan l-lysine. Ia terdapat dalam setiap sel-sel tubuh. Fungsi utama glutathione adalah:

 

1)      Melawan ancaman radikal bebas

2)      Mengawal atur kitaran nitrik oksida

3)      Diperlukan untuk proses metabolisma dan sintesis biokimia

4)      Diperlukan oleh sistem imun, sistem saraf, sistem perkumuhan dan paru-paru

5)      Pemulihan DNA, sintesis protein, penghantaran asid amino dan pengaktifan enzim

 

Hasil kajian mendapati, kekurangan kadar glutathione dalam tubuh dikaitkan dengan hampir kesemua penyakit-panyakit kronik  yang dikaitkan dengan proses penuaan.

 

Paras gluthathione dalam tubuh hanya boleh ditingkatkan secara berkesan melalui sintesis dari dalam tubuh. Ini kerana, glutathione dari pemakanan sukar diserap oleh sistem usus disebabkan saiz molekulnya yang besar. Oleh itu ia perlu disintesiskan dari dalam tubuh. Bagi merangsang penghasilan glutathione, beberapa “co-factor” diperlukan untuk sintesis asid amino tersebut. Antara sumber yang telah dibuktikan mampu merangsang sintesis glutathione adalah seperti asid alpha lipoic, melatonin dan silymarin. Tanpa “co-factor” tersebut, paras glutathione tidak dapat ditingkatkan secara berkesan.

 

Kesan  pencerahan kulit hasil pengambilan glutathione adalah merupakan satu kesan sampingan sahaja. Glutathione akan menghalang enzim tyrosinase, yang berfungsi dalam pembentukan  melanin pada epidermis. Ini seterusnya memberi kesan pencerahan dan pemutihan pada kulit.

 

Royal Jelly  Makanan Lengkap Vitamin B

 

Royal Jelly mengandungi 17 jenis asid amino yang menjadi bahan asas dalam penghasilan kolagen. Kandungan mineral sulphur, manganese dan zink membantu pertumbuhan sel dan tisu baru. Juga menambah kandungan zat besi dalam darah yang membuatkan kulit kelihatan bersinar.

Kandungan lengkap vitamin B iaitu thiamine (B1), riboflavin (B2), niacin (B3), pantotheic acid (B5), pyridoxine (B6), inositol (B8) dan asid folik (B9) dan juga biotin (B kompleks) yang kesemuanya diperlukan untuk penghasilan sel darah merah yang membawa oksigen keseluruh tubuh bagi penghasilan tenaga. Antara simptom-simptom dan kesan kekurangan vitamin B:

1)      Letih dan lesu

2)      Dengupan jantung kencang

3)      Pernafasan tak teratur

4)      Kulit pucat

5)      Gusi sering berdarah

6)      Kebas tangan dan kaki

7)      Lemah daya ingatan

 

Royal Jelly Perangsang CNS (Sistem Saraf Pusat)

 

Kajian mendapati Royal Jelly merupakan satu-satunya makanan yang mengandungi 10-HDA yang merangsang pertumbuhan stem sel neural dan sel glial. Neuroglia atau sel glial berfungsi membekal nutrien dan oksigen ke neuron serta melindungi neuron dari ancaman patogen. Ini secara tak langsung meningkatkan fungsi kognitif dan menghalang penyakit Alzheimer dan yang berkaitan masalah daya ingatan. 10-HDA juga dapat menyekat pertumbuhan sel-sel tumor dengan menghalang bekalan oksigen ke sel-sel tumor

Royal Jelly bukan sahaja makanan untuk kecantikan kulit tetapi juga untuk kecerdasan otak dan kepintaran berfikir, sangat sesuai untuk wanita berkerjaya.

 

Ekstrak Sarang Burung

 

Kandungan utama sarang burung adalah glycoprotein (50%), karbohidrat (30%) dan garam mineral (20%). Glycoprotin yang terkandung dalam sarang burung mempunyai aktiviti EGF (Epidermal Growth Factor) yang mempercepatkan pertumbuhan sel di dalam sistem imun bagi melawan proses penuaan.

Sejenis gantian karbohidrat iaitu asid sialic pula dapat membantu dalam perkembangan intelek dan neurologi pada kanak-kanak juga orang dewasa.

Sarang burung mengandungi banyak  garam galian seperti sodium, magnesium, potassium, kalsium dan fosforus. Kesemua garam galian ini diperlukan untuk mengaktifkan ribuan tindakbalas enzim yang terdapat dalam tubuh.

Pengamal perubatan Cina mempercayai bahawa sarang burung dapat menguatkan paru-paru, perut dan sistem buah pinggang.

 

Secara amnya, fungsi utama sarang burung adalah:

1)      Mempercepatkan pertumbuhan sel dan tisu

2)      Meningkatkan keupayaan sistem imun/daya tahan

3)      Mempercepatkan proses penyembuhan dan menguatkan daya kesihatan

4)      Memberi sinar pada kulit dan kelihatan awet muda

5)      Membantu proses penghadaman

6)      Melancarkan sistem pernafasan

 

Vitamin C

 

Vitamin C atau asid askorbik adalah kunci kepada penghasilan kolagen iaitu struktur protin terpenting bagi membentuk ketegangan dan keanjalan kulit. Kajian telah membuktikan bahawa vitamin C dapat meningkatkan penghasilan kolagen sebanyak 8 kali ganda berbanding kadar biasa. Tanpa vitamin C, kolagen tidak dapat dibentuk. Khasiat dan manafaat vitamin C kepada kulit adalah:

 

1)      Melindungi sel kulit dan struktur sokongan dari kerosakkan akibat pancaran UV

2)      Mengurangkan keradangan

3)      Merangsang penghasilan kolagen

4)      Mengurangkan hiper-pigmentasi kulit sehingga 27%

 

Vitamin E

 

Vitamin E jenis tocotreinol adalah sejenis anti oksida yang dapat merawat dan melindungi kulit dari ancaman radikal bebas. Tocotreinol memiliki kekuatan 60  kali ganda berbanding vitamin E lain dalam menyekat enzim tyrosinase yang menghasilkan melanin, iaitu pigmentasi yang memberi warna pada kulit. Kulit akan kelihatan lebih cerah apabila paras melanin pada epidermis menurun.

 

Vitamin E juga bertindak mencairkan darah dengan cara menghalang platlet darah dari bergumpal. Ia juga menghalang kolesterol LDL dari teroksida. Pengoksidaan LDL boleh menyebabkan saluran darah tersumbat.

 

Sebagai vitamin yang bersifat anti oksida, ia dapat menghalang ancaman penyakit seperti sakit jantung, arterosklerosis, kanser, arthritis dan sebagainya.

 

 Faedah-faedah kesihatan kepada pengguna vitamin E:

 

1)      Menghalang salur darah dari tersumbat serta mengelak serangan jantung

2)      Mengurangkan risiko serangan strok

3)      Menghalang pertumbuhan sel kanser

4)      Menghalang ancaman osteoarthritis

5)      Meningkatkan keupayaaan kognitif bagi pesakit Alzheimer

6)      Melindungi dari ancaman katarak pada mata

7)      Mengelakkan keguguran kandungan atau kelahiran pramatang bagi wanita hamil

8)      Mempercepatkan penyembuhan luka

 

RM75 ( S/M) & RM82 (S/S) 15 sachet.

© 2013 Al-Aqwa Resources Sdn Bhd. All Rights Reserved.