Artikel 8

Gingko Biloba Terbukti Selamat & Berkesan

 

Gingko Biloba adalah antara tumbuhan tertua yang diamalkan sejak sekian lama dalam perubatan tradisional. Ia digunakan dalam perubatan Cina untuk merawat masalah pengaliran darah ke kapilari yang boleh menyebabkan masalah mudah lupa dan juga masalah penglihatan.

 

 

 

Bermula dari tahun 70an, khasiat dan manfaatnya untuk kesihatan mula dikaji secara mendalam. Gingko Biloba juga merupakan antara 10 herba yang paling laris dipasaran Amerika Syarikat.  Kini terdapat lebih dari 120 kajian klinikal dilakukan diserata Eropah terhadap keberkesanannya sebagai rawatan sampingan terhadap masalah ADHD, Autistik dan Dislexia .

 

 

 

Hasil kajian mendapati ia tidak memberi kesan sampingan yang membahayakan. Disamping itu, ia dapat membantu mengatasi masalah- masalah berkaitan :

 

1)      Alzheimer

 

2)      Astma / Lelah

 

3)      Pengelihatan

 

4)      Kemurungan

 

5)      Strok

 

 

 

Memoreen Plus Juice mengandungi ekstrak Gingko Biloba dalam kuantiti yang dibenarkan. Formulasi herba dalam penghasilan Memoreen Plus Juice adalah dibawah pemantauan Institut Pembangunan Produk universiti tempatan dan dikilangkan oleh pengeluar produk herba milik 100% bumiputera muslim yang  berstatus GMP serta berpengalaman luas dalam penghasilan produk makanan berasaskan herba.

 

 

 

http://1.bp.blogspot.com/-6aaFyWR9aWE/UWa9KRsjrsI/AAAAAAAAAVg/qtaU0Wst4HQ/s320/memory+smart+booster.jpg

Memoreen Plus Juice 

 

Terdapat sesetengah pengamal perubatan dan pengeluar produk yang mendakwa pengambilan Gingko Biloba boleh mendatangkan masalah kesihatan terutama kepada kanak-kanak. Memang diakui bahawa biji benih Gingko Biloba yang tidak diproses mengandungi gingkotoxin, iaitu sejenis bahan kimia yang boleh membahayakan kanak-kanak.

 

 

 

Namun begitu, hanya ekstrak daun sahaja yang digunakan dalam formulasi produk kerana ia mengandungi gingko flavonoid glikosida dan terpene lactone yang bertindak sebagai anti-oksidan, menghalang gumpalan seterusnya melancarkan peredaran darah dan memberi perlindungan kepada saraf.

 

 

 

Oleh itu, para pengguna haruslah bijak memilih dan menilai maklumat-maklumat berkaitan perubatan yang didapati dari mana-mana sumber yang tidak sahih. Prinsip penerimaan ilmu dalam Islam begitu menekankan kesahihan dan sumber rujukan sesuatu ilmu. Tanpa sumber rujukan, sesuatu dakwaan hanya menjadi suatu bentuk tohmahan yang berniat untuk memberi gambaran buruk berkenaan sesuatu produk.

 

 

 

Pengguna yang bijaksana akan membuat pilihan yang tepat berdasarkan fakta-fakta kukuh dan bukan tanggapan-tanggapan palsu yang tidak ada asasnya.

 

 

 

RUJUKAN:

 

Fundukian, L., ed. The Gale Encyclopedia of Alternative Medicine, third edition, 2009.

 

Memorial Sloan-Kettering Cancer Center.

 

National Center for Complementary and Alternative Medicine.

 

Natural Medicines Comprehensive Database.

 

 

 

VICTOR S. SIERPINA, M.D., University of Texas Medical Branch, Galveston, Texas

 

BERND WOLLSCHLAEGER, M.D., North Miami Beach, Florida

 

MARK BLUMENTHAL, American Botanical Council, Austin, Texas

Am Fam Physician. 2003 Sep 1;68(5):923-926.

© 2013 Al-Aqwa Resources Sdn Bhd. All Rights Reserved.