Artikel 5

Bagaimana MEMOREEN PLUS JUICE membantu FUNGSI otak dan meningkatkan Daya Ingatan, Daya Konsentrasi dan Atasi Masalah PEMBELAJARAN..

 

Tahukah anda bahawa fungsi otak boleh diprogramkan untuk bekerja secara optimum bagi meningkatkan daya ingatan? Jus MEMOREEN diformulasi dengan herba-herba  terbaik dunia hasil gabungan perubatan Islam, Ayurveda dan Cina yang telah terbukti keberkesanannya.

 

 

Bahan utama iaitu Bacopa Monneira telah digunakan sejak beratus tahun dahulu dalam perubatan Ayurveda sebagai ramuan semulajadi yang dapat membina potensi minda dengan merangsang aktiviti-aktiviti neuron serta meremajakan sel-sel otak. Ia mengandungi bahan aktif Bacosida A & B yang  telah dikaji, mampu memberi protein baru pada otak manusia. Ia juga dapat membebaskan molekul Nitrik Oksida yang bertindak melebarkan pembuluh darah seterusnya melancarkan pengaliran darah keseluruh anggota.

 

Kelebihan herba yang bernama Bacopa Monniera, adalah kerana ia herba yang di iktiraf di peringkat antarabangsa serta digunakan di serata dunia sebagai herba untuk mengaktifkan sel-sel otak, menguatkan daya ingatan serta meningkatkan daya konsentrasi terutama bagi kanak-kanak juga para pelajar bagi membantu proses pembelajaran.

 

Pelbagai kajian mengenai keberkesanan Bacopa Monniera terhadap pertumbuhan sel-sel otak telah dilakukan oleh sebegitu banyak pusat-pusat penyelidikan tersohor seperti di Mahatma Ghandi Medical College and Research Institute(India), Khon Kaen University(Thailand), Swineburn University of Technology(Australia), University of Peshawar(Pakistan), Second Military Medical University(China), Oregon Research Center for Complementary and Alternative Medicine Neurological Disorders(US) serta banyak lagi diserata dunia

 

Bukan hanya Bacopa sahaja malah setiap tumbuhan dan herba yang tumbuh di muka bumi ini memiliki keistimewaan dan ciri-ciri yang tersendiri. Allah s.w.t telah menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi sebagai tanda kekuasaanNYA dan kebesaranNYA. 

Sebagaimana firman Allah s.w.t, “Apakah kamu mengira bahawa ada ciptaan Allah yang tiada mempunyai tujuan serta sia-sia?” (Surah Al-Mukminun, ayat 115).

 

Jus Memoreen telah diformulasi dengan tambahan ekstrak pelbagai herba terpilih yang setiap satunya memberi kebaikan berganda kepada perkembangan sel-sel otak dan kesihatan secara menyeluruh. Antaranya Gingko Biloba, Habbatus Sauda, Madu, Delima, Rozella dan anggur. Ini memberi kesan peningkatan serta-merta kepada fungsi kognitif juga mewujudkan sistem perlindungan kepada tubuh dari ancaman radikal bebas dan tekanan oksida. 

 

Dalam dunia yang penuh persaingan kini, pencapaian akademik yang cemerlang amat diperlukan. Sebagai ibu-bapa, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu anak-anak agar dapat belajar dengan lebih berkesan dan berjaya bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam bidang kokurikulum dan apa jua bidang yang mereka ceburi.

Semasa anak-anak masih kecil, adalah lebih mudah untuk kita mengenalpasti apakah masalah yang mereka hadapi. Contohnya adakah mereka menghadapi masalah pembelajaran, masalah di sekolah, pergaulan dengan rakan sebaya, masalah dengan guru dan lain lain lagi.

 

Sebenarnya kebanyakan kanak-kanak berkebolehan untuk  melakukan banyak perkara seperti menyimpan, mengumpul dan mengingati semula maklumat yang diterima. Walaubagaimanapun, kanak-kanak gemar serta cenderung untuk beralih daripada satu aktiviti kepada aktiviti yang lain dalam masa yang tertentu. Perkara ini terjadi bukannya kerana kanak-kanak itu mahu melakukan sedemikian, sebaliknya disebabkan fungsi sel-sel otak yang lemah.

 

Sebagai ibu-bapa, kita perlu mengesan masalah pembelajaran anak  masing-masing sekiranya ada, serta cuba  selami masalah  yang dihadapi dan bantulah sedaya upaya supaya anak kita berjaya di dalam pelajaran dan juga dalam kehidupannya.

Insya Allah, dengan pengambilan Memoreen Plus Juice secara konsisten setiap hari, dapat menghasilkan perubahan positif pada anak-anak kita . Dari seorang pelajar yang malas ,sering mengantuk dan tidak boleh fokus bila cikgu mengajar berpeluang menjadi menjadi seorang pelajar yang rajin, sentiasa aktif disekolah dan sentiasa fokus apabila cikgu mengajar. Anak-anak kita pasti dapat mencapai keputusan yang cemerlang bila semua masalah pembelajaran dan masalah di sekolah dapat di atasi.

 

MEMOREEN PLUS JUICE dijual dengan harga RM49.00 sebotol dengan harga yang sangat berpatutan. Tidak mustahil untuk kita sediakan makanan tambahan atau supplemen ini untuk anak-anak kita sepanjang tahun persekolahan mereka. Inilah pelaburan kita untuk membantu pembelajaran anak-anak . Tidakkan kita rasa gembira apabila anak bawa pulang buku laporan akademik dengan memperolehi keputusan yang cemerlang? Keputusan UPSR 5A dan SPM memperolehi semua A. Bayangkan perasaan kita pada masa tersebut..!

Pengambilan MEMOREEN secara konsisten setiap hari  juga dapat mencetus perubahan positif dalam pembelajaran anak- anak, bahkan ia juga membantu mencergaskan tubuh badan, menguatkan daya ketahanan tubuh badan juga berkesan dalam meredakan masalah kesihatan yang sering mengganggu kanak-kanak seperti sinus, demam, selsema dan masalah kesihatan yang lain.

 

Kesimpulannya, MEMOREEN JUICE merupakan pilihan yang tepat dalam meningkatkan pencapaian akademik anak anda sekaligus memperbaiki tahap kesihatan mereka. Selain itu, anda juga tidak perlu risau kerana ramuan herba ini bebas daripada sebarang kesan sampingan yang boleh membahayakan kesihatan. Bahan-bahan yang terdapat dalam MEMOREEN juga bertindak untuk menurunkan suhu badan, bersifat anti oksida dan anti keradangan. Oleh itu, ianya juga sesuai untuk orang dewasa yang menghadapi masalah lemah ingatan, kurang kecergasan, stress dan masalah kesihatan yang lain.

 

Sokonglah produk keluaran 100% Muslim dan MEMOREEN JUICE selamat dimakan serta kesannya dapat dilihat dan dirasai serta merta. Insyaallah KERANA Memoreen Plus Juice dihasilkan oleh pakar pengilangan tempatan, disokong oleh penyelidik dari universiti tempatan dan diuji di makmal tempatan yang diiktiraf pencapaiannya diserata dunia. Dengan gabungan berpuluh tahun pengalaman dalam bidang penyelidikan & pengeluaran herba, Insya allah produk keluaran tempatan mampu menandingi kualiti dan keberkesanan produk luar negara.

© 2013 Al-Aqwa Resources Sdn Bhd. All Rights Reserved.